Monday, August 15, 2011

akhirnya

Dengan lafaz ASSALAMUALAIKUM..
Akhirnya aku kembali balik ke blog ni setelah puas mencari semangat untuk kembali bersemangat..huhu..
ari ni 15 ramadan..2hari lagi nak masuk hari jadi aku yang ke-21 dalam tahun Hijrah

kenapa aku hilang??
sebab sibuk dengan uruskan hal belajar dan belajar kat tempat baru..
walaupun kawan-kawan seperjuangan aku kat matrik dulu tengah cuti 4bulan dan sepatutnya aku pun tgah cuti..
sebelum ni aku ambil ijazah tapi sebab tak minat dan mungkin terbawa2 lagi dengan perasaan kecewa kat matrik..
aku ambil keputusan untuk berhenti drpd ijazah..tanam anggur daripada bulan Januari 2011 sampai la bulan Jun..
aku berenti UMT waktu tu tanpa dapat tawaran daripada mana-mana tempat..
mungkin ramai yang rasa aku buat kerja gila..tapi aku pon tak tau apa yang buat aku rasa yakin untuk buat perkara macam tu..
aku cuma berserah je pada Allah..
tah kenapa aku tak dapat nak gembirakan hati belajar kat UMT..
dalam hati aku ni..kecewa,sedih Allah je yang tau..
tapi aku terima sume dengan REDHA..
memang tak mudah untuk kita bersangka baek dengan Allah..
tapi ALLAH pasti ada rencana yang lebih baek untuk hamba2 DIA...

Alhamdulillah..
aku guna result spm untuk apply diploma balik..and lastly aku dapat tawaran ke UiTM Kuala Pilah untuk kos Mikrobiologi tu..huhuhu
sekarang ni dah nak abes sem 1 dah...lalaala..hehe
aku gembira ada kat sini walaupun sekadar diploma..
kali ni aku lebih tahu apa yang aku nak dan aku belajar untuk apa..
belajar untuk cari redha Allah, bukan untuk cari kemewahan di dunia..bukan untuk dapat pangkat dan nama..
sekarang aku tahu kenapa aku tak tahan belajar di UMT..sebab sebelum ni niat aku silap..aku belajar untuk dunia..bila aku kecewa dengan result..aku rasa tu lah noktah dalam hidup ni...padahal banyak lagi yang aku tak nampak..

aku lupa tujuan sebenar Allah ciptakan manusia di dunia ni..
tidak AKU ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKU..
Adz Dzariyat : 56
haa...tutup pasal tu..hehe..
ni nak cite pasal apa yang aku belajar di UITM..
walaupun Kuala Pilah tu sangat la terpencil..
tapi aku suka duk sini...lalala
xpe la..
kat sini budak mikrob cuma ada 3 kelas je compare dengan budak diploma sains..
lebih kurang 100 orang je kot..
aku duk dalam kelas 1A2...kelas yang lain lak 1A1 dan 1B1..
ni dak klas aku..huhu..dalam klas ni ad 2 orang je umur 20.yang laen tu umur 18..so aku pon rasa muda 2 tahun

tapi pape pun budak2 ni sume baek2..semoga korang sume berjaya,,kita sume berjaya dan jadi muslim yang baek..
izzati,aqilah,amira,athirah,nadirah,qistina,syikin,fatihah,irza,sakinah,fathiyah,syira mohammad,syira jalal,ejat,ain,tasnim,afiqah,aishah,faridah,syifa,rahimah..yang depan sekali tu solah,haziq,naem,anip,acap,hafiz,megat,alif sukri,alif iqbal...sume sekali 32 orang


ni time ktrg larian milo..3000 steps a day..huhu..dapat t-shirt milo dgn air milo free..hihi
tu pasal dak class...
pasal dak umah lak..hehe
aku ada 2 rumah..kat Uitm Kuala Pilah ni..asrama kami cam apartment la katakan..sistem rumah..1 rumah ada 8 orang..mula2 aku duk Seri Menanti 1..aras 5..5841..kat rumah tu pun best..huhuuh..dorang sume memang terbaek la..
Sheereen,Mira,Syira,Migha,Fura,Zaima,Ieda..tq sbb terima kehadiran saya..hehe
then aku pindah g bilik 3..aras sama gak..so,aku ada 2 rumah..haha..daripada dulu dah aku memang selalu ada banyak bilik..bilik 3 ni lak ada..Anis,Faz,Z,Farah,Nad,Tiqah dan Fatin..dorang pun terbaek..Alhamdulillah,syukur sebab Allah pertemukan aku dengan mereka semua..
dan ini juga bermakna aku adalah yang paling tua antara dorang..lala..tapi 20 je kot..heheh
pape pon dengan keberkatan bulan Ramadan ni..akak doa kan korang sume berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat..semoga pertemuan kita ni diberkati Allah..thanx a lot..
continue reading akhirnya

Friday, February 18, 2011

Melayu first Class??


Takkan Melayu hilang di dunia~ Hang Tuah~

Agak-agak betul ke Melayu takkan hilang didunia berdasarkan contoh-contoh di bawah::

 1.Biasa berlaku bila ada jamuan makan,lepas makan semua berebut-rebut bungkus makanan untuk bawa balik..kadang-kadang tetamu 'kebas' hampir kesemua makanan.
Pesanan:fikir-fikirlah sikit utk tuan rumah atau tetamu yang akan datang ye,jangan kebas semua.

2.Bila cikgu tegur anak kat sekolah,mak ayah marah..cakap kat cikgu tu anak dia,dia tahulah macam mana nak ajar,rela datang ke sekolah semata-mata nak bergaduh dengan cikgu..bukan datang nak berbincang silap anak kita..TIADA LAGI ISTILAH ANAK KITA ANAK ORANG YANG ADA HANYA ISTILAH ANAK AKU CUMA ANAK AKU..AKU SAJE YANG BOLEH AJAR DAN TEGUR DIA..
Pesanan:ajaran kita tak semestinya betul semua..kadang2 perlu kan teguran orang lain supaya kita dok syok sendiri(SS)

3.Sikap tak boleh tengok orang lain senang,,ada aje tuduhan kalau tengok orang senang..bila orang senang mesti cakap..alah senang tu sekejap je..bukan lama pun
Pesanan:apa kata kalau kita sama2 mendoakan kesejahteraan dan kesenangan untuk orang lain juga.tak kisah lah orang tu kita kenal atau tak..sama2 mendoakan utk org lain dan diri sendiri juga.baru bahagia hidup

4.Waktu bulan puasa..bagi juadah berbuka puasa lepas berbuka..bagi yang dah tak habis pada orang lain..
Pesanan:ustaz saya cakap kalau boleh nak bagi tu bagilah sebelum berbuka.buat orang mengata kat kita saja kan.lagipun manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

5.Bila tengok anak orang lain berjaya ada je yang cakap.."alah,dah nasib dia nak berjaya,nasib je tu,bukan pandai sangat pun,tak ke mana nya budak tu
Pesanan:rezeki masing-masing Allah dah tentukan..bukan bergantung pada cakap-cakap orang

6.Bab yuran sekolah..kalau duit yuran anak bukan main liat nak bayar(sesetengah mak ayah la)tapi bende-bende lain boleh je..alat makeup,barang kemas..
Pesanan;dahulukan pelajaran anak-anak..

7.Sikap suka mengejek orang lain.Biasa berlaku kat sekolah saya juga,,bila orang lain tampil ke depan dalam sesuatu majlis atau bagi pandangan mesti gelakkan..cakap "bajet bagus,bajet bijok,bajet je tu"..
Pesanan:apa kata kalau kita buang sikap tu..sangat-sangat menampakkan ketidakpandaian dan minda anda yang tertutup..so annoying.

8.Perkara ni biasa berlaku sekarang.Suami atau Isteri menceritakan kecurangan pasangan masing-masing di Radio..siap ada slot untuk meluahkan perasaan lagi..adakah patut anda menceritakan keburukan pasangan masing-masing pada orang luar..
Pesanan:Islam tak pernah mengajar sedemikian rupa..Sepatutnya anda mencari seorang yang boleh dipercayai untuk menegur pasangan..bukan nya menghebahkan melalui media-media

9.Di tanah perkuburan Islam..banyak kubur-kubur yang dihias..dicantikkan..diletakkan mozek,batu nisan marmar..macam2 la..sepatutnya berbakti sewaktu mereka masih hidup.tapi ramai yang berbakti dengan cara mencantikkan kubur untuk mak ayah sewaktu mereka dah tiada di dunia..kubur tu siap ada pagar lagi,bila tengok memang la cantik..hmm,macam boleh buat pertandingan kubur tercantik.
Pesanan:Ini dilarang oleh agama,bermewah-mewah atau menghabiskan harta pada perkara yang sia-sia

10.Bila menyampaikan berita kematian minta sapa2 yang ada untuk bertafakur
Pesanan:tafakur adalah cara orang Kristian,dalam Islam kita diminta untuk berdoa

11.Memakai baju hitam bila ada kematian,mungkin rasa hensem kot.
Pesanan:memakai baju hitam  adalah amalan yahudi dan nasrani

12.Memakai tanda pada tubuh ketika berkabung,40 hari letak reben putih pada songkok hitam(pernah saya lihat cikgu2 di sekolah memakai sedemikian waktu sekolah rendah,kalau tak silap dalam tahun 1998..tapi tak ingat kematian siapa waktu tu)
Pesanan:ini diharamkan oleh syarak.ulama-ulama mengatakan hukumnya adalah haram meletakkan sebarang tanda sama ada dimana2 saja(didada,kepala ) Ini adalah adat yahudi

13.Berdiri di depan tugu negara,mengagung-agungkan tugu  patung setiap tahun,memberi hormat pada patung tembaga.
Pesanan:Ulama telah menfatwakan menghormati tugu negara adalah haram dan berdosa besar

14.Mengumpat sesama kita..ada je yang tak berkenan dihati..mengumpat kadang2 dah jadi aktiviti harian atau aktiviti wajib rakyat Malaysia..terutamanya kaum wanita.ini fakta bukan auta.Orang yg mengumpat macam makan daging saudara sendiri..tapi masih menjadi2 kerana mungkin makan daging enak.
Pesanan:saya pernah terbaca kat majalah kot.orang busuk hati ni..kebarangkalian utk dapat penyakit lebih tinggi.

Hukum2 yang saya senaraikan adalah rujukan daripada Ustaz bukan daripada diri saya
Banyak lagi nak disenaraikan tapi dah terlupa..
"Janganlah kamu memutuskan hubungan persaudaraan, jgn saling bertolak belakang,jgn saling emosi, jgn saling dengki, dan jadilah kamu hamba Allah yang besaudara, tidak halal bagi seorang muslim tidak menyapa (karena bermusuhan) saudaranya selama diatas tiga hari (HR.Bukhari dan Muslim)
*PLEASE TURN OFF MINDA ORANG KAMPUNG,TURN ON MINDA ORANG ISLAM*
Melayu akan hilang daripada segi sikap dan nama..Walau apa pun jangan ISLAM hilang dalam diri..

Berdasarkan pengalaman dan apa yang saya perhatikan sepanjang 20 tahun hidup dimuka bumi Allah ini
Maaf kalau apa yang tercatat dalam post ni terdapat salah dan silap dan mungkin menyinggung mana-mana pihak.tapi apa yang saya taip adalah berdasarkan realiti sebenar masyarakat kita..
continue reading Melayu first Class??

Tuesday, February 8, 2011

Manusia Bakhil

(kisah ni berlaku 2 tahun lepas kalo tak silap aku..baru skrg teringat sbb hatiku tergores lagi dengan sikap manusia tersebut)
Hatiku tergores dengan sikap manusia yang bakhil..
hurm..sgt2 tersentuh bila aku mendengar seorang anak berkata pada ibunya kat kedai makan..

si anak:mak makan,jadi mak bayarlah sendiri..yang saya,suami dan anak-anak saya,saya bayar sendiri
si mak:~cuma terdiam~

mahal sangat ke nak bayar harga makanan si ibu tu??
sedangkan si anak bekerja sebagai seorang guru..
sampai berjuta-juta ke??

tolonglah faham..andai kita bersikap lebih pemurah pasti Allah akan balas dengan ganjaran yang lebih baik..
tak pernah aku melihat manusia yang pemurah menjadi makin miskin kerana sikap pemurah..
ke mana kita nak bawa duit yg ada..adakah nak bawa mati??

SANGAT-SANGAT TERKILAN

Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu; dan dengarlah serta taatlah; dan infakkanlah nafkah yang baik untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka merekalah orang-orang yang beruntung.
                                                                         (Surah At-Taghabun : 16)


“… dan takutlah kamu dari sifat kikir, kerana sesungguhnya sifat kikir itu telah membinasakan umat sebelum kalian, yang mendorong mereka melakukan pertumpahan darah dan menghalalkan semua yang diharamkan Allah.” (HR Muslim)

“Tidak boleh berkumpul antara iman dan kikir di dalam hati orang yang beriman selama-lamanya” [HR Ibn Adiy]

ada lagi sambungan kisah manusia tersebut..dalam my next entry..lagi menyayat hatiku..

Ya Allah,kau jauhilah aku,adik beradik,keluarga dan sahabat2 ku daripada sikap bakhil dan kedekut sesama manusia..Kau tundukkanlah hati kami..dan bukakanlah hati kami untuk lebih pemurah dalam melakukan kebaikan..ameen ya rabb

continue reading Manusia Bakhil