Sunday, May 1, 2016

Tahun 2016

Assalamualaikum..

Akhirnya aku ingat emel yang aku guna untuk buat blog ni..
berapa tahun dah lupa
hari ni aku update dan buang semua benda yang aku rasa tak best
dan hari ni aku nak mula guna ejaan yang lengkap bila menulis dalam blog ni
satu lagi, aku hide identiti aku..hahah
tu yang terbaik..

Aku perasan blog ni ramai orang google untuk tahu pasal post aku tentang Matrik atau Diploma mana lagi baik
Entry tu aku buat masa tahun 2010, waktu umur aku 20 tahun.. Sekarang aku pun dah umur 25 tahun, masih lagi macam dulu, single tu memang..haha

Tu waktu zaman aku mula-mula masuk diploma dan sekarang dah tahun akhir, semester akhir ijazah dah
Diploma aku dulu tentu la Diploma Mikrobiologi
Ijazah pulak Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Biomolekul
tapi kalau ada sesiapa yang komen tanya pasal aku, aku tak janji aku akan jawab eh

Enam tahun yang lepas aku luah perasaan sebab frust dekat matrik..tapi hari ni aku tak tahu apa perasaan aku
Masih lagi tak berkerjaya tapi aku okay je..hehe

Hari ni template blog pun aku tukar nak bagi nampak matang sikit
sekarang aku tengah buat FYP, bulan 7 nanti Insyaallah aku grad kalau tak ada halangan
Amiin

0 comments:

Post a Comment