Friday, February 18, 2011

Melayu first Class??


Takkan Melayu hilang di dunia~ Hang Tuah~

Agak-agak betul ke Melayu takkan hilang didunia berdasarkan contoh-contoh di bawah::

 1.Biasa berlaku bila ada jamuan makan,lepas makan semua berebut-rebut bungkus makanan untuk bawa balik..kadang-kadang tetamu 'kebas' hampir kesemua makanan.
Pesanan:fikir-fikirlah sikit utk tuan rumah atau tetamu yang akan datang ye,jangan kebas semua.

2.Bila cikgu tegur anak kat sekolah,mak ayah marah..cakap kat cikgu tu anak dia,dia tahulah macam mana nak ajar,rela datang ke sekolah semata-mata nak bergaduh dengan cikgu..bukan datang nak berbincang silap anak kita..TIADA LAGI ISTILAH ANAK KITA ANAK ORANG YANG ADA HANYA ISTILAH ANAK AKU CUMA ANAK AKU..AKU SAJE YANG BOLEH AJAR DAN TEGUR DIA..
Pesanan:ajaran kita tak semestinya betul semua..kadang2 perlu kan teguran orang lain supaya kita dok syok sendiri(SS)

3.Sikap tak boleh tengok orang lain senang,,ada aje tuduhan kalau tengok orang senang..bila orang senang mesti cakap..alah senang tu sekejap je..bukan lama pun
Pesanan:apa kata kalau kita sama2 mendoakan kesejahteraan dan kesenangan untuk orang lain juga.tak kisah lah orang tu kita kenal atau tak..sama2 mendoakan utk org lain dan diri sendiri juga.baru bahagia hidup

4.Waktu bulan puasa..bagi juadah berbuka puasa lepas berbuka..bagi yang dah tak habis pada orang lain..
Pesanan:ustaz saya cakap kalau boleh nak bagi tu bagilah sebelum berbuka.buat orang mengata kat kita saja kan.lagipun manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

5.Bila tengok anak orang lain berjaya ada je yang cakap.."alah,dah nasib dia nak berjaya,nasib je tu,bukan pandai sangat pun,tak ke mana nya budak tu
Pesanan:rezeki masing-masing Allah dah tentukan..bukan bergantung pada cakap-cakap orang

6.Bab yuran sekolah..kalau duit yuran anak bukan main liat nak bayar(sesetengah mak ayah la)tapi bende-bende lain boleh je..alat makeup,barang kemas..
Pesanan;dahulukan pelajaran anak-anak..

7.Sikap suka mengejek orang lain.Biasa berlaku kat sekolah saya juga,,bila orang lain tampil ke depan dalam sesuatu majlis atau bagi pandangan mesti gelakkan..cakap "bajet bagus,bajet bijok,bajet je tu"..
Pesanan:apa kata kalau kita buang sikap tu..sangat-sangat menampakkan ketidakpandaian dan minda anda yang tertutup..so annoying.

8.Perkara ni biasa berlaku sekarang.Suami atau Isteri menceritakan kecurangan pasangan masing-masing di Radio..siap ada slot untuk meluahkan perasaan lagi..adakah patut anda menceritakan keburukan pasangan masing-masing pada orang luar..
Pesanan:Islam tak pernah mengajar sedemikian rupa..Sepatutnya anda mencari seorang yang boleh dipercayai untuk menegur pasangan..bukan nya menghebahkan melalui media-media

9.Di tanah perkuburan Islam..banyak kubur-kubur yang dihias..dicantikkan..diletakkan mozek,batu nisan marmar..macam2 la..sepatutnya berbakti sewaktu mereka masih hidup.tapi ramai yang berbakti dengan cara mencantikkan kubur untuk mak ayah sewaktu mereka dah tiada di dunia..kubur tu siap ada pagar lagi,bila tengok memang la cantik..hmm,macam boleh buat pertandingan kubur tercantik.
Pesanan:Ini dilarang oleh agama,bermewah-mewah atau menghabiskan harta pada perkara yang sia-sia

10.Bila menyampaikan berita kematian minta sapa2 yang ada untuk bertafakur
Pesanan:tafakur adalah cara orang Kristian,dalam Islam kita diminta untuk berdoa

11.Memakai baju hitam bila ada kematian,mungkin rasa hensem kot.
Pesanan:memakai baju hitam  adalah amalan yahudi dan nasrani

12.Memakai tanda pada tubuh ketika berkabung,40 hari letak reben putih pada songkok hitam(pernah saya lihat cikgu2 di sekolah memakai sedemikian waktu sekolah rendah,kalau tak silap dalam tahun 1998..tapi tak ingat kematian siapa waktu tu)
Pesanan:ini diharamkan oleh syarak.ulama-ulama mengatakan hukumnya adalah haram meletakkan sebarang tanda sama ada dimana2 saja(didada,kepala ) Ini adalah adat yahudi

13.Berdiri di depan tugu negara,mengagung-agungkan tugu  patung setiap tahun,memberi hormat pada patung tembaga.
Pesanan:Ulama telah menfatwakan menghormati tugu negara adalah haram dan berdosa besar

14.Mengumpat sesama kita..ada je yang tak berkenan dihati..mengumpat kadang2 dah jadi aktiviti harian atau aktiviti wajib rakyat Malaysia..terutamanya kaum wanita.ini fakta bukan auta.Orang yg mengumpat macam makan daging saudara sendiri..tapi masih menjadi2 kerana mungkin makan daging enak.
Pesanan:saya pernah terbaca kat majalah kot.orang busuk hati ni..kebarangkalian utk dapat penyakit lebih tinggi.

Hukum2 yang saya senaraikan adalah rujukan daripada Ustaz bukan daripada diri saya
Banyak lagi nak disenaraikan tapi dah terlupa..
"Janganlah kamu memutuskan hubungan persaudaraan, jgn saling bertolak belakang,jgn saling emosi, jgn saling dengki, dan jadilah kamu hamba Allah yang besaudara, tidak halal bagi seorang muslim tidak menyapa (karena bermusuhan) saudaranya selama diatas tiga hari (HR.Bukhari dan Muslim)
*PLEASE TURN OFF MINDA ORANG KAMPUNG,TURN ON MINDA ORANG ISLAM*
Melayu akan hilang daripada segi sikap dan nama..Walau apa pun jangan ISLAM hilang dalam diri..

Berdasarkan pengalaman dan apa yang saya perhatikan sepanjang 20 tahun hidup dimuka bumi Allah ini
Maaf kalau apa yang tercatat dalam post ni terdapat salah dan silap dan mungkin menyinggung mana-mana pihak.tapi apa yang saya taip adalah berdasarkan realiti sebenar masyarakat kita..

10 comments:

  1. yang tinggal cuma melayu yang haru-biru

    ReplyDelete
  2. hamba Allah:huhu..realiti hidup
    cemommoi:penat tgk..daripada kecik sampai skrg..sama je perangai org kita.isk3

    ReplyDelete
  3. tak semua org kampong bersikap mcm ni...
    tp,selalunyer mcm tuh la..melayu tipikal rite,,
    huhuhu...btw,good job..

    ReplyDelete
  4. huhu..lupa nak highlight...btol2..bkn sume org melayu camtu..tp ramai yg mcm tu..

    ReplyDelete
  5. memang banyak perkara negaif dalam masyarakat kita ni, sedangkan mengaku islam,tapi tak sedar adat istiadat yang tidak ada dijadikan perkara wajib dalam hidup.....semoga kita akan diberikan petunjuk...

    ReplyDelete
  6. ada yang khurafat dan haram malah byk kali ditegur ulama tapi x endah...sume ikut barat

    ReplyDelete
  7. melayu ke cina ke india ker sume sama jer. yg membezakan kite adalah pegangan agama.

    ReplyDelete
  8. stuju sgt2..ramai org skrg men buat je something tp xpk..tmbh2 crite pasal kburukan psngn tu..hmm..

    ReplyDelete