Tuesday, February 8, 2011

Manusia Bakhil

(kisah ni berlaku 2 tahun lepas kalo tak silap aku..baru skrg teringat sbb hatiku tergores lagi dengan sikap manusia tersebut)
Hatiku tergores dengan sikap manusia yang bakhil..
hurm..sgt2 tersentuh bila aku mendengar seorang anak berkata pada ibunya kat kedai makan..

si anak:mak makan,jadi mak bayarlah sendiri..yang saya,suami dan anak-anak saya,saya bayar sendiri
si mak:~cuma terdiam~

mahal sangat ke nak bayar harga makanan si ibu tu??
sedangkan si anak bekerja sebagai seorang guru..
sampai berjuta-juta ke??

tolonglah faham..andai kita bersikap lebih pemurah pasti Allah akan balas dengan ganjaran yang lebih baik..
tak pernah aku melihat manusia yang pemurah menjadi makin miskin kerana sikap pemurah..
ke mana kita nak bawa duit yg ada..adakah nak bawa mati??

SANGAT-SANGAT TERKILAN

Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu; dan dengarlah serta taatlah; dan infakkanlah nafkah yang baik untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka merekalah orang-orang yang beruntung.
                                                                         (Surah At-Taghabun : 16)


“… dan takutlah kamu dari sifat kikir, kerana sesungguhnya sifat kikir itu telah membinasakan umat sebelum kalian, yang mendorong mereka melakukan pertumpahan darah dan menghalalkan semua yang diharamkan Allah.” (HR Muslim)

“Tidak boleh berkumpul antara iman dan kikir di dalam hati orang yang beriman selama-lamanya” [HR Ibn Adiy]

ada lagi sambungan kisah manusia tersebut..dalam my next entry..lagi menyayat hatiku..

Ya Allah,kau jauhilah aku,adik beradik,keluarga dan sahabat2 ku daripada sikap bakhil dan kedekut sesama manusia..Kau tundukkanlah hati kami..dan bukakanlah hati kami untuk lebih pemurah dalam melakukan kebaikan..ameen ya rabb

5 comments:

  1. a'ah..dgn mak sdiri..hehe..tu kesah thn lps..skrg ni mak dia da meninggal pon..mak dia meninggal pon kain kafan dan peralatan semua mak dia gne duit yg disimpan sdiri..sbb mak dia tahu anak2 mmg kedekut..

    ReplyDelete
  2. I'm afraid l have no idea what you're saying but the wee lass at the top is lovely. Thank you for the comment on our snow here in Scotland :) Fantastic website! Love the snow/stars when l move the curser. Made me smile.
    Horizon

    ReplyDelete
  3. Salam dik. Bagus dik atas semua tazkeerah. Menyentuh hati. Terus sebarkan ma'aruf.

    ReplyDelete
  4. nauzubillah, sedangkan ibu itu adalah tanggungjawab si anak............

    ReplyDelete